Senin, 12 Desember 2011

pak pandir


中国国际广播电台

Dongeng “Pak Pandir Ratakan Gunung” bukan cerita yang sebenar, cerita itu diketahui oleh semua rakyat China. Cerita itu dicatat dalam buku “Lie Zi” yang ditulis oleh Lie Yukou, seorang ahli falsafah pada abad ke-empat dan ke-lima Sebelum Masihi.
Berdasarkan dongeng itu, seorang tua dikenali sebagai Pak Pandir, beliau berusia hampir 90 tahun. Rumahnya menghadapi dua gunung besar, nama satu gunung ialah Thaihang dan satu lagi ialah gunung Wangwu. Kedua-dua gunung tersebut menghalangi perjalanan sekeluarga Pak Pandir.
Pada suatu hari, Pak Pandir mengumpulkan sekeluarganya dan berkata, “Kedua-dua gunung besar tersebut menghalangani perjalanan sekeluarga kita sehingga kita harus menempuh jalan panjang yang sia-sia. Bagaimana kita sekeluarga berusaha bersama-sama meratakan kedua-dua gunung tersebut?”
Apa bila mendengar cadangan Pak Pandir, semua anak dan cucu-cicitnya berkata, “Cadangan Pak betul sekali. Kita bermula meratakan kedua-dua gunung tersebut pada hari esok.” Akan tetapi isteri Pak Pandir berasa tugas itu terlalu sukar untuk dilaksanakan dan mengemukakan pendapat tentangan dan berkata “Kita sudah tinggal di sini selama banyak tahun, mengapa kita tidak boleh hidup terus seumpama itu? Tambahan pula, kedua-dua gunung tersebut begitu besar, jika gunung tersebut dapat dipindahkan, tempat mana boleh menumpang begitu banyak batu dan lumpur?”
Perkataan isteri Pak Pandir itu menimbulkan perbincangan semua orang. Masalah itu memang menyusahkan. Pada akhirnya, mereka dengan sebulat suara menetapkan, menghantar batu dan lumpur tersebut ke laut.”
Pada hari berikutnya, Pak Pandir membimbing sekeluarganya mula meratakan kedua-dua gunung tersebut. Jirannya ialah seorang janda. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang berumur tujuh-lapan tahun. Apabila mengetahui sekeluarga Pak Pandir akan meratakan gunung mereka sangat gembira yang menyediakan bantuan. Akan tetai, peralatan  mereka hanya cangkul dan baku dan kedua-dua gunung tersebut berjarak jauh dengan laut. Setiap hari, setiap orang hanya berulang alik satu kali sahaja dari gunung ke laut. Setelah berusaha selama sebulan, gunung itu nampaknya sama rupa pada masa dahulu.
Pada suatu hari, seorang tua yang dikenali sebagai Tua Cerdik melihat sekeluarga Pak Pandir yang sedang meratakan gunung dan berasa geli hati. Dia bercakap dengan Pak Pandir, “Awak sudah lanjut usia dan susah berjalan, bagaimana awak meratakan kedua-dua gunung yang begitu besar”.
Pak Pandir menjawab, “ Nama awak cerdik, akan tetapi awak tidak lebih cerdik daripada anak. Bila saya mati, anak-anak saya akan meneruskan kerja saya ini; bila mereka mati pula, cucu-cicit saya akan meneruskannya dan kerja akan diteruskan oleh anak-anak mereka sampai kepada cucu-cicit mereka turun-temurun. Batu dan lumpur di gunung tersebut semakin berkurangan disebabkan kami meratakannya setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. Kenapa kami tidak boleh meratakan gunung tersebut?” Tua Cerdik itu tidak boleh membalas lagi.
Pak Pandir dan sekeluarganya meratakan kedua-dua gunung tersebut dengan tidak menghiraukan cuaca yang panas dan cuaca yang sejuk Mereka bekerja dari siang hingga malam setiap hari. Tuhan terharu terhadap tindakan mereka dan menghantar dua malaikat meratakan kedua-dua gunung tersebut. Dongeng “Pak Pandir Ratakan Gunung” diceritakan sehingga sekarang. Dongeng itu menasihatkan orang ramai, tidak kira menghadapi sebarang kesukaran, asal sahaja bersemangat tidak putus asa, kita pasti akan mencapai kejayaan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar